diarikuMay 12, 2007 8:49 am

 

    Malam tadi tak sempat aku nak menyediakan makanan untuk aku bawa semasa bertugas pada waktu malam, isteri aku pula bertugas pada waktu petang, nasib baiklah Hj Nasri dapat memulakan semula perniagaan cucur udangnya semalam, Alhamdulillah, krisis kekurangan minyak masak di pasaran tidak lagi menjadi masalah walaupun dikatakan dinaikkan sebanyak rm0.20.

    Pada waktu aku menulis enteri ini, aku rasakan begitu tenang sekali bertugas pada malam semalam,  alangkah indahnya suasana sepi dan sunyi pada malam hari yang di hiasi bunyi cengkerik bersahutan di hutan berhampiran. Alangkah indahnya jika ketenangan ini dapat aku miliki untuk sepanjang masa untuk mengubati keresahan di jiwa ini. Ya di jiwa ini, kerana baru-baru ini, hati aku sangat resah dan gelisah kerana memikirkan sesuatu.

   keresahan aku adalah mengenai hubungan yang tercalar antara aku dan seorang rakan di jabatan aku, Demi Allah, apa yang aku lakukan semasa aku melaksanakan tugas aku baru-baru ini, adalah untuk cuba menyelamatkan dirinya dari menjadikan keadaan bertambah buruk, Jauh sekali untuk menganiayai dirinya, jika sebelum ini sudah ramai yang menyatakan akan keburukkan dia, aku masih mempertahankan dia adalah diantara yang terbaik. Namun kini nasi sudah menjadi bubur, tiada apa yang dapat memutarkan waktu untuk membetulkan keadaan, pastinya hubungan yang akrab diantara kami akhirnya tercalar, aku tak kisah, kerana apa yang aku lakukan adalah demi amanah dan tanggungjawab aku terhadap tugas yang aku pikul walaupun terpaksa bermusuh dengan orang yang paling aku akrab, bagi aku soal kerja adalah kerja, kerja seperti aku tidak berhubung dengan mesin dan komputer, kerja seperti aku melibatkan nyawa manusia dan bukannya nyawa binatang. dan dia, yang dibayar untuk elaun atas panggilan aktif, sepatutnya memikirkan akan wang yang diterima untuk tugas yang dipikulnya adakah sempurna atau tidak  jika dia bersikap lepas tangan begini.

    Dari kejadian ini aku mendapat kesimpulannya,

tiada gunanya bekerja di tempat yang bersih sedangkan kotor ketika melaksanakan amanah.
lebih baik bekerja di tempat yang kotor, tetapi bersih melaksanakan amanah.
 

  

 

diarikuMay 7, 2007 10:32 pm

   

 

    Hari ini Amo seniour di Jabatan aku mengadakan kenduri kesyukuran jamuan pulut kuning sempena kelahiran cucu sulongnya baru-baru ini. bila dah tgk cucu Amo senoiur aku tu, rasa macam dah tak sabar pulak aku nak menimang cahaya mata sulongku yang tinggal tak berapa bulan ajer lagi.  

    Semalam aku membawa isteriku untuk pemeriksaan ultrasound, Alhamdulillah…dah semakin membesar baby aku ni. Usia kandungan isteriku sekarang dah nak masuk 5 bulan, mengikut laporan Dr, jantung baby aku dah mula berfungsi dan berdegup, mungkin tidak berapa lama lagi baby aku akan mula bergerak di dalam rahim ibunya.emoticon

ala cayang anak abah ni..rindu betui abah nak tunggu kamu keluar..belum kamu keluar lagi abah dah publishkan kamu di sini..satu dunia boleh tengok kamu kat sini..kaulah segalanya..pengikat kasih sayang antara abah dan mama.. I Love U Baby…

     

diarikuApril 26, 2007 6:20 am

           

    Malam tadi aku memulakan tugas aku pada shif malam, seperti kebiasaan aku bertugas pada waktu malam, malam tadi merupakan malam yang amat meletihkan, letih juga aku pada malam ini bergelumang dengan darah yang mengalir dari pesakit yang datang ke jabatanku malam tadi. Namun keletihan aku pada malam tadi tidak lagi aku hiraukan kerana aku kini berada di ruang yang selesa di dalam jabatanku

 (comfort zone)…

 

            Seperkara yang aku rasa sangat lapang dan lega apabila masalah aku dan penyeliaku dapat di luahkan kepada seseorang, seseorang yang menjadi orang nombor 1 di dalam Hospital ini, kedudukan aku di sini meletakan aku berada di bawah 3 hireki bossku,  setelah berjaya meluahkan segala luahan mengenai permasalahan yang aku hadapi di jabatan aku selama ini, sekurang-kurangnya, aku puas hati dengan penjelasan dari boss aku yang paling atas di sini, dan dia berjanji akan mengambil serius terhadap apa jua aspek yang aku bincangkan, bagi aku dia tahu menghargai dan menilai tugasku di sini selama ini, menurut beliau, keselesaan berada di ruang kerja adalah penting dalam meningkatkan motivasi pekerjanya bagi menjamin mutu dan kualiti kerja yang dihasilkan. Tiada gunanya kami berkerja dalam keadaan stress dan tertekan, sudah pasti hasilnya kerja yang bakal kami hasilkan tidak berkualiti dan tidak produktif.

 

jangan terlalu pendamkan emosi anda di dalam hati, kelak luka di hati berdarah, tiada yang dapat melihatnya kecuali dengan mencari jalan untuk meluahkannya pada seseorang yang benar2 dapat membantu kita…         

diarikuApril 23, 2007 1:05 am

    Hari ini isteri aku bercuti selepas tiga malam dia bertugas pada shif malam. aku pula bertugas pada waktu pagi hari ini, kesempatan yang aku ada pada waktu malam hari ini aku manfaatkan untuk keluar bersama isteriku ke panggung wayang menonton filem komedi ringan iatu "ZOMBIE KAMPUNG PISANG"..sekurang-kurangnya, tension aku ditempat kerja dapatlah dikurangkan bila dapat keluar bersama dengan isteriku…
     Dari komen rakan-rakan aku di tempat kerja yang sudah menonton filem ini, ramai yang mengatakan filem ini memang menghiburkan dan melucukan. memang teruja juga aku untuk menonton filem ini,  tambahan pula isteriku juga bersungguh-sungguh mahu menonton filem ini bersamaku, memang kehebatan idea mamat khalid tidak boleh dinafikan dalam menghasilkan filem dan drama terutama sekali filem dan drama bercorak komedi. dah lama aku tak tengok isteriku boleh ketawa keriangan sebegini, kira filem mamat khalid ini benar-benar menghiburkan kami sekeluarga..

 
    cuma satu ajer yang aku tak berapa berkenan dengan watak si sopi dalam filem ini, aduh merosak dan menjejaskan reputasi Medical Assstant ajer (masih menggunakan nama jawatan MA dalam filem ini, sekarang dah bukan M.A lagi tau, AMO-asisstant medical Officer)…masa mula aku ingat ok juga watak si M.a sopi ni, nampak macam nak naikkan jugak nama dan profesion M.A, kononnya nak jadi hero kampunglah tu..tapi sudahnya, hampeh..jadi jahat..pengkhianat kepada penduduk Kampung Pisang. Tapi jangan pulak penonton pandang M.a begitu pulak..yang jahatnya watak si Sopi tu, bukan profesionnya..begitulah pengajarannya…Taniah sekali lagi untuk Mamat Khalid..emoticon