Rasa syukur yang amat sangat setelah mendengar pengumuman oleh Pak Lah mengenai kenaikan gaji untuk kakitangan awam bermula Julai 2007 ini. Setelah hampir 15 tahun gaji kaki tangan awam tidak pernah dinaikkan, akhirnya Pak Lah terpaksa akur juga dengan permintaan Cuepacs pada kali ini walaupun tidak mencapai 100% dari apa yang di minta oleh cuepacs. Syukur yang tak terhingga juga  kepada Allah kerana selain gaji kami di naikkan sebanyak 25%, elaun COLA juga di naikkan sebanyak 100% bermula julai ini, dengan kenaikan ini aku akan mengalami kenaikan sebanyak RM 398.70 pada bulan julai ini..YABEDABEDOOOOOOOOOOOOOOOOO.