3 hari lepas satu Annual meeting dan konferens yang menghimpun kesemua anggota M.O.A (Malaysia Orthopedic association) di Awana Porto Malai langkawi, ada 2-3 orang juga Pen. Peg Perubatan  sekelas dengan aku di kolej dulu yang datang, tapi di kalangan mereka yang agak akrab dgn aku  adalah sincan (memang gelaran ni dah lekat kat dia sejak di kolej lagi), tapi akupun tak sempat nak bawa dia round2 pusing pulau ni sampai habis sebab akupun sibuk dengan tugasku di hospital, memang seronok dengar dari cerita diorang ttg konferen dan perjumpaan kali ni, banyak kompeni swasta yang sponsor perbelanjaan mereka untuk perjumpaan kali ini. InsyaAllah mungkin penghujung bulan disember ini dia akan ke sini lagi, aku harap aku akan dapat berjumpa dengan dia dan isterinya pada masa akan datang..
 
 
 
    sedap jugak melayan lagu baru dari band Artic monkey dalam album terbaru diorang, kehalusan seni  petikan gitar britpop diorang memang menyedapkan telinga aku apabila mendengar lagu terbaru diorang iaitu 505 dan Brainstorm…