In my HobbyMay 14, 2007 11:14 pm
Nak balas balik mesej dari kak ret petang ni, aisey nak dekat malam baru aku sempat tgk mesej di telefonku dari kak ret dan 2 misscall dari nombor KL (tak tahulah dari siapa), minta maaf sangat2 kak ret, hanpon fysal tertinggal dalam kereta lepas balik dari berkelah dengan isteri petang tadi. ok fysal jawab balik mesej kak ret petang tadi, Memang benar Tun Dr M kini berada di ICU hospital Langkawi kerana serangan sakit dada sederhana seperti mana yang terpapar di kaca televisyen malam ini, apa diagnosis Tun Dr M fysal terpaksalah dirahsiakan, Tun Dr M datang ke hospital Langkawi pada pukul 3 petang tadi kerana aduan sakit dada, fysalpun tahu dari kawan2 yang bertugas hari ni, kalau tak memang fysal tak tahu apa-apa pasal ni sebab fysal tengah bercuti sekarang ni. kemungkinan pada malam ini Tun Dr M akan dipindahkan ke KL untuk rawatan rapi di sana. tentang keadaan dan diagnosa Tun Dr M, tunggulah dari Pengarah Kesihatan Negeri kedah atau Pengarah hospital Langkawi ajer yang dapat menjelaskan keadaannya kepada pihak media. aku ni staff sokongan biasa yang kecil yang ciput yang berada di hireki bawah dalam organisasi kerajaan, adalah dilarang sama sekali untuk aku mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dengan pesakit VVIp ini tanpa pengetahuan pengarah hospital atau pegarah kesihatan negeri, sedangkan rahsia pesakit bukan vvip atau vip pun aku harus amanah, inikan pula bekas perdana menteri kita yang ke empat. sebagai anggota hospital Langkawi , aku doakan kesejahteraan dan kesihatan Tun Dr M akan pulih dan sembuh seperti sediakala begitu juga kepada pesakit2 lain yang berada di dalam hospital Langkawi pada masa kini, semoga mereka juga diberikan kesihatan dan sembuh dari penyakit yang mereka hidapi.

letih betui aku petang ni, letih bukannya pasal berendam di dalam air terjun lubuk semilang, tapi letih ketika hendak menghidupkan api kerana berkelah bersama isteriku, minyak tanah sampai suku botol habis di tuang ke kayu arang untuk mendapatkan baranya. Tapi seronok juga sekali sekala berkelah begini, memang lama sangat aku tak panggang ayam dalam hutan begini. sekali sekala begini bagus jugak untuk melepaskan tension.
cakap pasal memanggang ayam ni, aku nak kongsi dengan pembaca semua mengenai resepi yang aku hasilkan untuk memerap ayam aku petang ini,
mula-mula sekali, kisarkan halia, bawang merah dan lengkuas bersama, kemudian taburkan sedikit serbuk kunyit, serbuk rempah, jintan manis, jintan putih, serbuk ketumbar, dan kicap seasoning sos untuk memasinkan ayam yang hendak dipanggang, untuk memaniskan sedikit ayam ini, tarukkan sebanyak dua sudu madu asli dan kemudian gaulkan sehingga sebati, ayam ini aku biarkan diperap semalaman di dalam peti ais.
amacam, senang ajerkan resepi ni, selamat mencuba…