Antara Sahabat dan tanggungjawab

Malam tadi tak sempat aku nak menyediakan makanan untuk aku bawa semasa bertugas pada waktu malam, isteri aku pula bertugas pada waktu petang, nasib baiklah Hj Nasri dapat memulakan semula perniagaan cucur udangnya semalam, Alhamdulillah, krisis kekurangan minyak masak di pasaran tidak lagi menjadi masalah walaupun dikatakan dinaikkan sebanyak rm0.20.
Pada waktu aku menulis enteri ini, aku rasakan begitu tenang sekali bertugas pada malam semalam, alangkah indahnya suasana sepi dan sunyi pada malam hari yang di hiasi bunyi cengkerik bersahutan di hutan berhampiran. Alangkah indahnya jika ketenangan ini dapat aku miliki untuk sepanjang masa untuk mengubati keresahan di jiwa ini. Ya di jiwa ini, kerana baru-baru ini, hati aku sangat resah dan gelisah kerana memikirkan sesuatu.
keresahan aku adalah mengenai hubungan yang tercalar antara aku dan seorang rakan di jabatan aku, Demi Allah, apa yang aku lakukan semasa aku melaksanakan tugas aku baru-baru ini, adalah untuk cuba menyelamatkan dirinya dari menjadikan keadaan bertambah buruk, Jauh sekali untuk menganiayai dirinya, jika sebelum ini sudah ramai yang menyatakan akan keburukkan dia, aku masih mempertahankan dia adalah diantara yang terbaik. Namun kini nasi sudah menjadi bubur, tiada apa yang dapat memutarkan waktu untuk membetulkan keadaan, pastinya hubungan yang akrab diantara kami akhirnya tercalar, aku tak kisah, kerana apa yang aku lakukan adalah demi amanah dan tanggungjawab aku terhadap tugas yang aku pikul walaupun terpaksa bermusuh dengan orang yang paling aku akrab, bagi aku soal kerja adalah kerja, kerja seperti aku tidak berhubung dengan mesin dan komputer, kerja seperti aku melibatkan nyawa manusia dan bukannya nyawa binatang. dan dia, yang dibayar untuk elaun atas panggilan aktif, sepatutnya memikirkan akan wang yang diterima untuk tugas yang dipikulnya adakah sempurna atau tidak jika dia bersikap lepas tangan begini.
Dari kejadian ini aku mendapat kesimpulannya,
tiada gunanya bekerja di tempat yang bersih sedangkan kotor ketika melaksanakan amanah.
lebih baik bekerja di tempat yang kotor, tetapi bersih melaksanakan amanah.