Kecewa betul aku semalam kerana tidak dapat membeli cucur Udang Hj Nasri di pekan Kuah, aku kecewa bukanlah kerana cucur udang yang hendak aku beli itu habis, tetapi Hj Nasri tidak dapat menjual cucur udang kerana masalah krisis minyak masak yang melanda negara pada masa kini.
Aku rasa macam dah gawat sangat bila bahan yang menjadi komuditi utama dalam pasaran negara itu bagaikan hilang tiba-tiba akibat sikap tamak sesetengah individu yang tidak bertanggung jawab. Dulu masalah gula, sekarang minyak masak pula, kalau lepas ini beras pula menjadi masalah utama negara, nampaknya aku kena makan maggi ajerlah,
Akupun hairan ke manalah perginya minyak masak ini hilang, nak kata diorang jadikan minyak masak ini sebagai minyak biodiesel dan biopetroleum utk menggantikan bahan api yang dikatakan melambung tinggi pada masa kini tak juga
Kalau lah kata nak naikkan harga sekalipun, tunggulah dulu kelulusan dari pihak kerajaan untuk menaikkan gaji kakitangan awam sekurang-kurangnya 30 % untuk staff sokongan macam aku ni. sedangkan gaji kami sebagai kakitangan awam tak naikpun cuma kenyataan kerajaan baru-baru ini mengenai penyelarasan gaji kakitangan awam adalah perkara biasa yang kami terima sebanyak 10% pada setiap tahun..berita hari ini mengenai kenaikkan gaji kakitangan awampun belum diputuskan lagi berapa peratus yang akan kami perolehi. tapi ini tak bermakna semua peniaga memandang kami di sektor awam ini boleh hidup mewah dengan kenaikkan gaji tersebut.
Segala macam-macam bil perlu ditanggung oleh isi rumah pada masa kini, bil AStro juga dikhabarkan akan naik pada tahun ini, begitu juga dengan tarif elektrik sepertimana yang kita sedia maklum, itu tak masuk lagi harga petroleum dan juga harga tol, telefon, internet dan belanja untuk barangan dapur. Taraf perbelanjaan masyarakat kita hari ini bukan lagi seperti 10 tahun yang lalu, nasi goreng di geraipun habis2 lekeh dah RM 3.50 sepinggan hari ini. mungkin dulu kita dapat menganggarkan perbelajaan untuk makanan sahaja adalah kurang dari RM 10 sehari, kalau dah sehari RM 10, akan tetapi jika melihat kepada keadaan ekonomi semasa pada hari ini, RM 10 juga mungkin tidak mencukupi, jika sebulan ianya sudah dikira menjadi Rm 300, itu adalah perkara normal jika perbelanjaan isi rumah untuk perbelanjaan makan sahaja pada hari ini….
Memang patutlah kalau kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam pada masa kini, sebagai pengguna aku juga faham keadaan ekonomi negara pada masa kini, bagi pekerja di ladang sawit dan di kilang pemprosesan minyak sawit, mereka juga menuntut agar gaji mereka dinaikkan. mungkin disebabkan faktor ini, harga pasaran minyak sawit akan melambung tinggi pada masa akan datang.

kesimpulannya : Aku harap pihak yang berwajib akan segera menyelesaikan masalah krisis minyak masak di pasaran negara dengan segera dan mencari jalan yang lebih efisyen agar semua pihak dapat memperolehi manfaat bersama..
*Tak sangka rupanya masih ada lagi orang minyak di era millineum ini, lagi teruk dari orang minyak zaman Saleh Kamil, sebab golongan ini lebih kepada orang minyak+lintah darat yang ingin mengambil kesempatan menangguk di air keruh..