sekadar ceritaMay 6, 2007 1:02 am

suatu petang Pak Mail menerima satu berita dari tok bilal mengatakan ada seorang telah meninggal dunia pada awal pagi ini. seperti biasa, Pak mailpun pergilah ke rumah Arwah untuk mengambil ukuran panjang dan lebar Arwah untuk digali keluasan dan kedalaman kuburnya nanti. Pak mail begitu bersemangat menggali kubur si mati dengan hanya menggunakan kudrat tubuhnya seorang diri sahaja.
apabila kedalaman kubur mula mencecah 6 kaki dalam, ketika itulah Pak Mail yang sibuk mengemaskan dinding dan lantai liang lahad di sapa oleh seseorang.
Lelaki Misteri : Assalammulaikum Pak Mail..
Pak Mail : Waalaikumsalam..
Lelaki Misteri : Gali kubur siapa tu ??
Pak Mail : gali kubur oranglah, takkan kubur kucing kot..
Lelaki Misteri : Sorang ajer ke?? tak penat ker??
Pak Mail : taklah…..Berdua ni… tak nampak bayang2 aku ni, dialah peneman setiaku sejak tadi.
Lelaki Misteri : Pak Mail gali kubur ni tak takut ke?
Pak Mail : takut jugak, takut tanah kubur ni runtuh dan terus menimbuskan aku di sini..
Lelaki Misteri : Apa yang Pak Mail guna dalam kerja menggali kubur ni?maksud saya apa-apa yang istimewa ke yang Pak Mail gunakan semasa menggali Kubur ni..
Pak Mail : aku tak guna apa-apalah..aku guna Cangkul ajer…..
Lelaki Misteri : Ha..ha….ha…ha…..lawak-lawak..kelakar..kelakar….(tiba2 suara misteri itu ketawa besar dan kuat)
Pak Mail : yang ko tanya banyak ni dah tu tiba-tiba pula ketawa apas…
belumpun sempat Pak mail menghabiskan ayatnya, dia tergamam seketika apabila melihat tiada kelibat sesiapa di atas tanah perkuburan sebaik sahaja beliau mengalihkan wajahnya untuk melihat dengan siapakah dirinya berbicara sebentar tadi. Puas Pak Mail meninjau keadaan sekeliling tanah perkuburan tersebut untuk mengetahui dengan siapakah yang berbual bersamanya sebentar tadi, namun tiada siapa yang dilihatnya di sekitar kawasan tanah perkuburan itu melainkan dirinya seorang sahaja..mulalah pada ketika itu tubuhnya menjadi longlai dan wajahnya berubah menjadi pucat, Pak mail di dapati mengalami demam selama seminggu selepas kejadian itu.
Moral : jangan bersikap ego atau terlalu kasar ketika berbicara dengan orang, Budi Bahasa adalah budaya kita…