Intro : Telefon bimbit atau handphone merupakan alat komunikasi yang oleh dikatakan sebagai satu keperluan pada hari ini, Tanpa handphone atau handset pada hari ini, ianya pasti akan menyukarkan kita dalam melakukan pelbagai urusan terutama sekali pada waktu-waktu kecemasan untuk berkomunikasi diantara satu sama yang lain. Keperluan handset pada hari ini adalah bukan sahaja untuk golongan usahawan dan elit sahaja, tetapi kini kegunaannya tidak lagi terbatas untuk para peniaga kecil-kecilan, pelajar sekolah dan juga golongan yang berpendapatan rendah, kini noleh dikatakan semua orang mampu memiliki handset walaupun dikalangan pelajar sekolah rendah.
Keadaan ini amat berbeza 10 tahun yang lalu, ketika itu pada tahun 1997, pada ketika itu usiaku masih lagi di tingkatan 2, salah seorang rakan sekelasku pada ketika itu sudah mampu memiliki sebuah telefon bimbit (kalau nak diikutkan saiznya sama besar dengan bata merah ataupun bekas air telefon), aku masih ingat lagi, ketika itu jika anda sudah mampu memiliki sebuah telefon bimbit, anda akan dipandang seperti orang kaya, mungkin itu 10 tahun yang lalu, memiliki handphone ini adalah keperluan bagi seorang usahawan atau mungkin sesuatu kehendak bagi mereka yang sekadar nak bermewah-mewah. Keadaan ini berubah sama sekali pada masa kini kerana handphone dan prabayar untuk talian telefon adalah amat rendah dan murah sehinggakan budak-budak sekolah rendah juga tidak lagi perlu dihairankan jika mampu memiliki seorang satu handphone di dalam poket seluar mereka.
zaman telah berubah dan merubah penghasilan handphone pada masa kini, jika dulu aplikasinya sekadar untuk berbual dan sms sahaja, kini aplikasinya telah meluas, dari bercakap dan sms, kini dah ada 3g, wifi, dan pelbagai lagi fungsi yang canggih di dalam sebuah handset.
kesimpulannya :-
aku nak berkongsi dengan 11 orang dari kalangan rakan-rakan blogers ku di sini mengenai cerita dan pengalaman masing-masing dalam penggunaan telefon bimbit ini…
___________________________
soalan Tag yang aku reka mengenai AKu dan telefon Bimbit
1. bilakah anda mula menggunakan handphone dalam sejarah hidup anda??
bulan Ogos tahun 2002,
2. Apakah Model pertama Handphone yang anda gunakan
mitsubishi trium mars

3. mengapakah anda memilih handphone ini sebagai model pertama anda??
kalau pada masa tu nokia 3350 dianggap canggih kerana memiliki teknologi paparan animasi dan screen saver, tetapi sepanjang pada tahun 2001-2002 aku anggap model ini juga adalah menarik dan canggih kerana memiliki paparan animasi dan pembesar suara untuk hands free.
4. adakah model ini yang masih anda gunakan hingga ke hari ini?? jika tidak, berapa kali anda bertukar handphone dalam sejarah hidup anda??
Tidak. aku menggunakan handphone trium itu hanya untuk beberapa bulan sahaja, selepas itu, aku menjualkannya kepada abang aku untuk membeli nokia model 3315 pada tahun yang sama. selepas tahun 2003 aku menggunakan handphone nokia model 3610
model ini aku gunakan bermula tahun 2003 sehingga aku mula bertugas sebagai Pen. Peg. Perubatan di Langkawi pada tahun 2005. Aku mula menggunakan nokia model 3230 pada tahun 2006 sehinggalah ke hari ini
4. apakah rangkaian talian telekomunikasi pertama yang mula-mula anda gunakan?
017 time cell
5. Adakah anda masih mengekalkan nombor talian telekomunikasi anda sehingga ke hari ini,
Tidak..seingat aku, aku pernah bertukar nombor telefon sebanyak 3 kali sepanjang sejarah aku menggunakan handphone ini, dan aku pernah menggunakan 017,016 012 dan kini kembali semula kepada 017
6. Dalam sepanjang tempoh anda menggunakan handphone, apakah masalah utama yang sering anda hadapi pada handphone anda..
bateri cepat kong untuk aku nak buat PTT dengan bini aku (masa sebelum kawin dulu). kelemahan utama Nokia ni seperti mana yang kita sedia maklum, klu dah install banyak benda sgt dlm memori kad, mulalah nak hang, keras, statik tiba-tiba..seingat aku, model 3230 aku ni pernah sekali aku hantar untuk format balik Os nya dan reinstall balik operating systemnya sebab dah teruk sgt hang sampai dah jadi unable to write text mesej…kalau liputan tu, sekarang ni dah ok banyak dari dulu, cuma masalah talian sibuk kadangkala menganggu jugak..
7. jika di beri peluang, apakah model handphone seterusnya yang ingin anda miliki???
InsyaAllah, kalau ada rezeki, teringin juga aku nak memiliki handphone nokia model N95 yang serba canggih tu

senang ajer tag aku kali ni. jadi aku lepaskan virus ini kepada mereka-mereka yang berkenaan pula:-
1. Kak meera
2. Kak retna
3. Kak shida
4. Kak zura
5. Chii
6. mr Azlie
7. Mr shai
8. sodep
9. Chot
10. Junaidix
11. Abah Muda (AM)