semalam aku dan isteriku meronda-ronda ke Pantai yang paling hampir dengan rumah aku di sini, iaitu di Pantai yang dikenali dengan nama Ban Pecah, Tg Piandang, Perak. Sudah banyak yang berubah di pantai ini, Pantai yang berada di laluan selat Melaka ini pernah mengalami kemusnahan sebanyak dua kali,

Sejarah kemusnahan pantai Ban Pecah ini berlaku mengikut cerita orang-orang dahulu berpunca daripada sikap tamak seorang yang diamanahkan menjaga sebahagian harta anak yatim, tetapi ianya telah mengkhianati amanah tersebut, dan akibat rasa aniaya dari perbuatan bapa saudara mereka, anak-anak yatim ini telah berdoa agar bapa saudara mereka mendapat pembalasan Tuhan. Akibatnya, jika dahulu jarak diantara darat dan laut adalah ber puluh-puluh Kilometer kini jaraknya tidak sampai 50 meter jarak pantai dan laut, Hakisan yang berlaku telah menenggelamkan berpuluh-puluh buah rumah dan tanah sawah, begitu juga kolam udang yang terdapat di sini suatu ketika dahulu, kisah anak yatim yang teraniaya ini pernah mendapat liputan siri "misteri Nusantara".
sejarah kemusnahan kedua yang berlaku di sini adalah semasa Tsunami pada 24-12-2006 yang lalu, pada kejadian tersebut, seorang mangsa didapati mati dan seorang lagi hilang dan gagal ditemui hingga ke hari ini. namun dari segi kemusnahan pada kejadian tsunami pada tahun tersebut, kemusnahan yang berlaku tidaklah sehebat kemusnahan yang berlaku di Pulau Pinang dan Phuket.

Pantai Ban Pecah ini Popular dengan aktiviti nelayan dan kaki pancing, 10 tahun yang lalu aku sering ke sini untuk datang memancing. kini Pantai ini kembali popular dengan pelbagai gerai yang wujud disamping dengan pelantar untuk pemancing yang baru dibina pada tahun ini. Memang menampakkan betapa lamanya aku tidak ke sini, sehinggakan aku sendiri tidak mengetahui akan pembinaan pelantar ini. Hari ini ianya masih lagi menjadi lokasi yang Popular untuk Kaki Pancing seperti aku. Pada bulan Mei ini satu pertandingan memancing akan diadakan di sini, Hadiah utama yang ditawarkan adalah sebanyak RM 3000.

__________________________________________________________________________________________________________________
Dek kerana dah Gian nak memancing hari ini, aku mengajak adik bongsu aku topek untuk turun sama-sama dengan aku ke Ban Pecah untuk memuaskan nafsu aku terhadap sukan memancing, walaupun cuaca agak panas petang tadi, namun itu semua bukanlah halangan bagi kami berdua untuk menaikkan ikan di pantai Ban Pecah hari ini, kami memulakan balingan umpan kami di atas pelantar yang baru di bina itu, pada waktu itu jam menunjukkan pukul 4 pm, jadi, bolehkah anda bayangkan suhu pada ketika waktu itu??memang panas suhu pada ketika itu.

Namun kepanasan petang kami terubat dengan kejayaan aku menaikkan seekor anak ikan pari atau Ketuka, ikan ini sedap dibakar atau dibuat gulai.

selepas itu, jam menunjukkan pukul 5.30 pm, dah puas melabuhkan umpan di atas pelantar, aku mengajak adik aku berpindah ke lokasi yang lebih menarik di kawasan Pintu air, di situlah adik aku berjaya menjinakkan seekor sembilang,

betapa gembiranya adik aku hari ini kerana berjaya juga membawa pulang sembilang hari ini, apabila jam menunjukkan tepat pukul 6 pm, aku mengajak adik aku pulang kerana masing-masing sudah melewati waktu solat fardu Asar, walaupun hasil yang kami perolehi tidak banyak hari ini, namun kami tetap bersyukur, kerana kepuasan aku untuk memancing di kampung setelah sekian lama terlunas juga hari ini…..
