
Petang ini aku melepaskan gian aku memancing bersama adik dan abang aku di belakang rumah aku, melihat sang puyu yang melompat-lompat bermain di kolam, menyemarakkan semangat kami bertiga untuk melabuhkan umpan ke kolam.
Namun rezeki kami hari ini kurang baik, lebih dari 3 jam kami menunggu, hanya 3 ekor puyu sahaja yang berjaya dinaikkan.

__________________________________________________________________________________________________________________
Tiba di rumah aku, aku melihat ibuku sudah siap menggentel tepung pulut untuk dijadikan wadai kepeng, salah satu makanan kegemaran aku bila pulang ke kampung, sebelum ini aku sudah menceritakan sejarah dan asal usul makanan pencuci mulut buatan orang banjar ini, hari ini aku publish kan sedikit persediaan sebelum kuih ini dimasak..mesti kena dengan tangannya juga yang nak menggetel adunan tepung pulut ini, ini kerana kalau tak mesti tepung ini akan hancur dan lumat bersama kuah yang dimasak..
wadai kepeng.kuih tradisi kan!..pernah makan, manis dn isinya liat..:)
Comment by bulanbiru — May 7, 2007 @ 9:38 am