Percaya atau tidak, resepi inilah yang menjadi sumber pendapatan keluargaku sejak sekian lama..yang boleh menampung 9 adik beradikku sehingga berjaya ke hari ini, sehingga mampu ayahda dan ibundaku pergi menunaikan haji, alhamdulillah, berkat usahanya dan rezeki dari Allah taala, semuanya ini telah ayahku perolehi

    sehingga ke hari ini masih tiada seorangpun dikalangan anak-anaknya (termasuk aku) yang dapat menguasai sepenuhnya resepi ayahku ini, walaupun aku faham dan hafal apakah resepi untuk menu masakan ini, namun keaslian rasa diantara hasil masakan aku dan ayahku masih lagi ketara perbezaannya. Ayahku juga tidak lokek hendak berkongsi ilmu masakannya dengan rakan-rakannya yang pernah datang belajar mengenai resepi masakan ini, namun ada dikalangan mereka yang aku dengar masih mengeluh kerana masih belum dapat menyamai rasa seperti mana yang di sediakan oleh ayahku..

     Diringkaskan cerita, hari ini sekali lagi aku mencuba resepi ulung dari ayahku iaitu ayam masak tomato atau ayam masak merah…

langkah 1….

_____________________________________________________________________________________ 

kas-kas diambil sebanyak 5 grm, manakala badam diambil sebanyak 10 biji dan cili kering  untuk dikisar anggaran sebanyak setengah balang blender semua bahan ini perlu dikisar

 

 

kesemua bahan-bahan di atas hendaklah di campurkan kedalam cili kering yang telah siap di kisar dan gaulkan sehingga sebati. kesemua bahan ini tidak boleh dicampurkan terlalu banyak, akibatnya, ia akan menjadi telalu pekat. agak-agak sederhana cair sahaja kuahnya

_____________________________________________________________________________________

Langkah kedua…tumiskan bahan tumisan yang disediakan.. 

  selepas itu barulah kita masukkan ayam dan renehkan sehingga ayam benar2 masak..kan dah siap….

_____________________________________________________________________________________

Langkah ke 3..penyediaan nasi minyak..

    Menu AYam masak merah ini tidak lengkap jika tidak dijamah dengan nasi minyak..penyediaan untuk masak nasi minyak pula

_____________________________________________________________________________________

Langkah ke 4..

menyediakan air asam jelatah…(digunakan untuk cicahkan lauk ayam tadi)

    bahan-bahannya mudah sahaja..

cabai merah yang dipotong nipis+bawang besar yang dipotong nipis

campurkan dengan sos cili, sos tomato, kerisik dan sedikit kicap cair, kemudian gaulkan bersama kesemua bahan-bahan ini.senang ajerkan.. 

 

    menurut isteriku, rasa masakan yang aku sediakan hari ini ada persamaannya dengan masakan ayahku, namun bagi aku, aku masih lagi merasai kekurangan dalam menu yang aku sediakan kali ini, citarasa ayahku dalam memasukkan sos cili, tomato dan kicap pilihannya adalah terlalu spesifik terhadapnya. Di langkawi, kekurangan yang aku kaji terhadap menu ini adalah berdasarkan sos cili yang aku gunakan tidak mengikut sos cili pilihan ayahku kerana di sini aku gagal menemui sos cili cap ayam piru yang seringkali ayahku gunakan dalam resepinya. mungkin itu yang menjadikan perbezaan rasa resepi yang aku hasilkan hari ini..