selagi bergelar manusia, selagi itulah kita tidak akan dapat lari dari masalah & tekanan…emoticon

 

 Tekanan yang paling mencabar aku hadapi kini adalah di tekanan di tempat kerja. Tak tahu nak luahkan pada siapa, ada Boss, dibuatnya kita macam anak tiri, kerja kita tidak pernah dilihat dan dinilainya, bahkan tak dihargainya langsung, bila kita nak minta pertolongan tidak dipedulinya. jurang seniour dan juniour itulah yang sering dijadikan alasan, yang kaki bodek, kipas punggung, kaki ampu, litulah yang lebih di sayanginya. aku..aku hanyalah sekadar menjadi tempat untuknya menyelesaikan kekusutan tugasnya yang berserabut..aku yang berhempas pulas bertugas, kadangkala bermandikan keringat peluhku sendiri, darah dan nanah dari pesakit, sebelah matapun dia tak nampak.emoticon Semoga Allah Taala sahajalah yang nampak apa yang aku lakukan setiap hari. Aku bertugas bukan kerana dia.

 

 

    Kini sudah tiba masanya, untuk aku lari, lari meninggalkan Pulau Lagenda ini, aku tahu, tindakan aku keluar dari Pulau inipun bukanlah bererti segala masalah yang aku tanggung ini akan selesai, namun sekurang-kurangnya, aku ingin bebas, dan keluar dari kepompong yang menjadikan aku terasing dari dunia luar untuk aku meneruskan cita-cita aku di sana. Kedatangan aku di sinipun tidak dialu-alukan oleh boss aku, kebajikan aku tidak pernah dijaganya, emoticon  jadi tak rugi juga untuk aku keluar meninggalkan pulau ini selama-lamanya dan tidak akan kembali lagi ke sini kecuali kembali untuk mengimbau kenangan cinta aku dan isteriku di sini sahaja..

 

Hidup ini Indah..apapun cabaran yang melanda hidupku, akan tetapku teruskan jua perjalanan ini…