Hari ini…

 

Semalam…

    Bekas Perdana  Menteri Malaysia yang keempat yang merupakan Pegawai Perubatan dan Pengarah Hospital Langkawi suatu masa dahulu, Tun Dr Mahathir datang ke Hospital Langkawi membawa seorang staffnya dari kandang Kuda Telaga Tujuh yang cedera akibat ditendang oleh haiwan berkenaan, tapi aku tak sempat pun jumpa Tun pagi semalam, sebab aku bertugas shif petang.

Semalam juga….

    Aku rasa tidak puas hati dengan sikap sesetengah pegawai Polis yang suka bersikap sambil lewa dalam menjalankan prosedur terutama sekali melibatkan pesakit yang agresif dan psikiatrik. Dipendekkan cerita seorang pesakit diadukan mengamuk dan agresif di rumahnya dan telah ditahan dan ditangkap untuk dibawa ke Hospital untuk menjalani pemeriksaan status mentalnya. yang aku hairan atas laporan mereka, mereka menyatakan pesakit tersebut ganas dan agresif, sedangkan pegawai yang membawanya tidak menggari pesakit tersebut, kata mereka keadaan pesakit stabil. sudahlah begitu, tiada seorangpun pegawai atau anggota polis yang menunggu dan mengiringi pesakit di ruangan menunggu. Apa ini??Apa kejadahnya semua ini berlaku??aku rasa kalau aku adukan hal ini kepada Dato’ Musa Hassan, habis diorang, no badan diroang aku ambil dan laporan insiden telah aku tuliskan semalam untuk rujukan penyelia aku, mana tak nya..membiarkan seorang pesakit yang ditahan atas aduan mengganas dan mengamuk di rumah tanpa diiringi oleh seorang anggota polis di ruangan menunggu jabatan kecemasan yang di kelilingi oleh ramai pesakit dan orang awam yang lain.

   masing-masing ada tanggungjawab dan masing-masing ada peranan, tugas kami di hospital menjalankan pemeriksaan wajib ke atas pesakit, keselamatan orang awam adalah bawah tanggung jawab siapa??apa akan berlaku sekiranya emosi dan mental pesakit tersebut tiba-tiba tidak dapat dikawal dan pesakit mengamuk pula di ruangan menunggu dan mencederakan orang awam??? takkan selama ini mereka tidak faham apa itu PROSIDUR atau PROCEDURE

    Prosedur seorang anggota polis mudah sahaja, kalaupun mereka itu (pesakit mental) nampak tidak ganas dan merbahaya tetapi merujuk kembali atas sebab apa mereka ditahan (kebiasaannya bertindak ganas dan agresif) mereka perlu diiringi oleh seorang anggota polis walaupun berpangkat konstabel untuk memastikan tiada masalah semasa doktor menjalankan pemeriksaan terhadap pesakit tersebut sehingga pesakit selamat dimasukkan ke dalam sel…itu ajer..