sebut ajer malam 19 hb april, rakan setugas aku di jabatan memperkatakan tentang drama bersiri susuk pada malam tersebut di Tv3..

macam best ajer..akupun teruja jugak untuk menonton drama ini sebab akupun minat juga cerita misteri dan aneh yang selalu berlaku dalam kehidupan masyarakat disekeliling kita.

bercakap mengenai susuk ini, perkara yang paling takut aku dengar yang sering berlaku, sekiranya susuk itu tidak dibuang sebelum terputus nyawa si pemakainya , nescaya  nyawa si pemakai itu cukup liat apabila tiba masa sakaratul Maut. 

Pelakon Veteran Datin Sarimah pernah mengakui bahawa dia pernah di uji oleh sesorang dengan menggunakan pisang emas untuk melihat sama ada kecantikkan yang dimilikinya adalah benar-benar asli atau dari amalan pemakaian susuk. ternyata datin Sarimah tidak mengalami apa-apa kesan selepas memakan buah pisang emas yang diberikan kepadanya kerana kecantikkan yang beliau miliki adalah asli. namun sekiranya seseorang itu memakan pisang emas atau meminum air dari tebu yang berwarna hitam, pasti akan berlaku kesan yang di luar jangkaan kerana ini semua adalah pantang larang bagi si pemakai susuk..

 bagus juga mesej dari drama yang dipaparkan ini, satunya sebagai suami dan ketua keluarga, sepatutnya menjaga keharmonian keluarga agar tidak berlaku kehancuran rumah tangga. yang kedua janganlah sesekali menyekutukan Allah demi mencapai apa jua hajat yang diingini..