In My memoriesApril 19, 2007 2:27 am

New Virus Taggie..:)

are u changing?

3 years ago..

How old were you?
21

Where did you go to school?
** KPPUK..

Where did you work?
** nope, only practical in clinical area..

Where did you live?
** Hospital Bahagia Tg Rambutan


Where did you hang out?
** Tmn perpaduan, tambun, jusco ipoh

How was your hair style?
** Straight Long Hair

Did you wear glasses?
** Nope

Who was your best friend?
** Muaz, Nijei, Laila..sarah.

Who was your regular-person crush?
** biarlah rahsia,

What car did you drive?
** only honda, but i’m not drive it, only bike it


What was your worst fear?
** Kantoi paper tahun last, sebab punah masa depan kalau kantoi,

habis2 cita aku selama ini


Had you been arrested?
** minta simpanglah

Single/Taken/Married/Divorced/Bitter?
** taken, tapi dah nak dekat nak single dah masa tu..2003 yerk..tahun yang sama aku putus…

LETS SEE WHAT YOU ARE NOW !!

2007.

How old are you?
** 24

Where do you go to school?
** i’m finished my study now..

Where do you work?
** accident & emergency dep. langkawi hospital

where do u live?
** Langkawii..

Where do you hang out?
** peKan Kuah, cenang beach

Do you wear glasses?
** nope..

Who are your best friends?
** My wife, Muaz, Ninie, Basri, latib Tunku, mr Md udin, n many more

Who is your crush?
** my lovely wife

What car do you drive now?
** kancil850ex ajer

Hair now?
** black short straight..


 

What is your biggest fear?
** die without any prepairation

Have you been arrested?
** Nope.

Has your heart been broken?
** yup sometimes in other things

Single/Taken/Married/Divorced/Bitter?
** Married

Any regrets that you have from 3 years
ago?
** yup..failed to keep maintain my body weight …i’m feel so heavy!!

 

In My memories 12:00 am

  tag mengenai perasaan apabila ditinggalkan dan meninggalkan kelompok manusia ataupun individu. sememangnya satu tag yang bagi aku sukar juga untuk dijawab. sebab bila dikenang kembali peristiwa lama, pasti banyak kenangan yang sukar dilupakan apabila melalui saat2 ditinggalkan oleh seseorang, tambahan pulak orang pernah kita sayangi..kesimpulannya aku terima seadanya takdir ilahi untuk berpisah kerana kini aku telah perolehi penggantinya yang …yang…Alhamdulillah sempurna bagi mata hatiku dan mata orbital ku.

    bercerita saat perpisahan bagi kelompok yang ramai terutama sekali rakan sekelas, rakan sedorm dan rakan sekolej masing-masing ada kisahnya yang tersendiri mengenai hati dan perasaan.

    kalau masa zaman sekolah menengah dulu tiada apa yang meniggalkan kesan di lubuk sanubariku, tapi bila mengenangkan masa zaman aku menuntut di Pusat Latihan Perda (sekarang dah naik taraf menjadi Institut Teknologi Perda) memang sedih sangat masa saat nak berpisah diantara rakan-rakan kami, tambahan bila mengenang kembali Pengetua kami ketika tu iaitu HJ Rosman yang begitu rapat dengan kami membuatkan hati kami akan sentiasa tersentuh apabila kembali ke PLP, begitu juga dengan melihat tempat-tempat seperti Dorm A2 dan Dorm B1 kolam ikan di tepi surau,  di kejar Pak derus dan berlari ikut hutan berhampiran.memikul kayu balak, aduh!! memang banyak sangat memori aku di sana bersama rakan-rakan PLP yang lain. kini Mie (dak^penang), mass83, angel baik, dan ramai lagi yang tak aku tuliskan di sini, alhamdulillah, masih lagi berhubung dan berutus berita walaupun diantara kami kini sudah membawa haluan masing2..memang susah nak lupa kenangan2 yang seronok di sana..perasaan nak tinggalakn PLP pada hari-hari terakhir di sana amat berat aku rasakan di jiwa ini..

    Sekarang aku nak ceritakan tentang perasaan aku semasa pada hari terakhir di Kolej Pembantu Perubatan pula, perasaan yang paling ketara diantara kami sebelum berpisah adalah gembira, gembira kerana  90% dikalangan kami yang menduduki peperiksaan akhir semester lulus dan layak menerima diploma dan dilantik sebagai Pembantu perubatan (sebelum ditukarkan ke jawatan sekarang sebagai Pen.Pegawai Perubatan). Namun perasaan sedih yang paling tidak boleh aku lupakan ketika majlis malam mesra kenangan yang diadakan pada malam terakhir sebelum kami meninggalkan kolej, pada malam terakhir itu ada satu slideshow yang aku buat dan aku persembahkan sebagai tayangan mengejut dalam agenda malam itu, gambar2 yang aku kumpul semenjak dari semester 1 hingga semester akhir dipertontonkan semula pada malam itu, dan kebanyakkan gambar yang diambil adalah kandid dan spontan dalam pelbagai aktiviti yang kami lakukan sama ada di dalam kolej atau di tempat-tempat kami menjalani pratikal, slideshow pada malam itu aku tambahkan lagi dengan lagu yang berentak sedih dan  bacaan sajak yang mengenang kembali persahabatan diantara kami selama 3 tahun di kolej. sayup-sayup kedengaran suara sebak orang menahan tagisan di dalam kegelapan dewan malam itu….

     dan selepas selesai sahaja slideshow ditayangkan….
 

    otai-otai akupun bercucuran juga air mata malam itu melihat rakan-rakan yang dulu bertumbuk bertekak, sama2 menjalani pratikal, sama2 di klinikal, sama2 menguap di kelas, pada malam itu bermaaf-maafan seolah2 tidak akan berjumpa lagi selepas malam itu. 

    kini Alhamdulillah. walau ke mana sahaja tempat yang akan aku kunjungi, sekiranya aku tahu ada dikalangan rakan-rakan sekelasku bertugas, pasti akan ku jejaki untuk menemui mereka di sana…