Dan akhirnya….

    pc aku terpaksa diformatkan sekali lagi, ini semua berpunca akibat serangan virus yang merosakkan sistem32 dalam file windows aku aku. Avg antivirus juga tidak mampu membersihkan virus yang menjangkiti Pc aku ini, itulah sebabnya aku tidak begitu yakin lagi menggunakan Internet Explorer atau Ie lagi selepas ini. banyak sangat spyware atau spasm yang masuk ke file temporary internet file tanpa aku sedari.. Itula kisah mengapa aku sibuk sedikit dalam dua tiga hari ni..pc aku buat hal lagi..tapi sekarang dah ok dah..

 
virus yang dikesan mengunakan infrared mata hitamku

Dan akhirnya…    
    
    sahabat aku dari Unit Hemodialisis iaitu AMO Shahbari dahpun selamat dikurniakan cahaya mata pada pagi semalam. AMO Shahbari di kurniakan seorang puteri setelah sekian lama mereka menanti untuk memperolehi cahaya mata sebelum ini. Alhamdulillah, rezeki..mudah-mudahan Kak fiza dan puteri AMO Shahbari akan dikurniakan kesihatan yang baik dan sejahtera selalu..dengarnya hari ni kak fiza dah boleh balik berpantang di rumah..Alhamdulillah..

 
meh sini kat uncle…ala cayang bucuk..bucuk…hehehe.. ada talent ke uncle nak jadi bapak plak pas ni??

Dan Akhirnya…
    
    aku dan isteriku juga dah siap isi borang minta tukar, aku dan isteriku sudahpun memasang hajat untuk keluar meninggalkan Pulau Lagenda ini secepat yang mungkin, bukan kerana bosan, tetapi adalah menjadi masalah sekiranya berlaku kecemasan selepas pukul 7 petang, kerana feri hanya beroperasi sehingga pukul 7 petang sahaja..sedangkan komitmen aku pada keluarga mertua dan juga keluargaku masih perlu di pikul di seberang sana.

 

 

    Dan akhirnya….

            nama penjawatan jawatan yang aku sandang disahkan ditukar berkuat kuasa pada bulan March yang lalui melalui surat yang aku terima daripada Bahagian Sumber manusia dari pejabat KSU KKM hari ini..minta pasni harap orang awam akan dapat membiasakan diri dengan memanggil kami AMO atau Pen Peg Perubatan (perghhh…cam poyo plak ayat aku)..tapi tidak sungguh juga..kalau tak orang masih tak nampak apakah peranan AMO di hospital atau di klinik sekiranya nama penjawatan juga tidak dikenali atau tidak dilihat oleh orang awam…seolah-olah nanti orang tak nampak apakah kerja AMo kerana nama jawatan Amo juga tidak dikenali..(dulu Mapun orang tak tau apakah kerja disebalik jawatan itu). sedngkan tanggungjawab yang kami pikul juga adalah besar.

 

Dan akhirnya….
 

             Tamatlah penulisan enteri aku pada kali ini