In My memoriesApril 29, 2007 11:59 pm

    Malam 28 hb april yang lalu, merupakan malam terakhir aku bertugas dalam shif malam pada minggu ini, dan pada malam itu juga merupakan malam terakhir buat Dr T.G Lim bertugas di hospital Langkawi, pada bulan mei ini, Dr T.G Lim akan bertukar ke Pulau Pinang,Hospital manakah beliau akan bertugas masih belum diketahuinya. Tapi yang pasti, beliau tetap akan pergi meninggalkan Pulau Langkawi ini.
 
    Bagi kami yang merupakan warga kerja di jabatan kecemasan khasnya dan juga merupakan warga kerja Hospital Langkawi amnya, Pemergian DR T.G Lim amat kami rasai, pemergiannya umpama kehilangan sebutir permata di hospital ini, ini kerana beliau adalah seorang Pegawai Perubatan yang begitu komited dan dedikasi pada tugas beliau terutama sekali dalam merawat dan menyelamatkan nyawa pesakit di sini. Pengalaman aku jika bertugas bersama Dr T.G Lim memang merupakan pengalaman yang paling indah dan seronok buat diriku, dia tidak lokek dalam berkongsi ilmu dan pengalaman beliau di dalam dunia perubatan dan klinikal. Dia Tidak pemarah dan sombong, bahkan jauh sekali ego dan tinggi diri dalam pergaulannya sesama staff di jabatan aku, tidak seperti sesetengah Pegawai Perubatan yang aku jumpa sebelum ini, baru ajer habis H.O, dah lupa diri nak menyombong dengan staff sokongan, sikap rendah diri pada beliaulah yang sering menjadikan beliau bukan sahaja tidak lokek dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman beliau sebagai Pegawai Perubatan, bahkan tenaga dan masanya juga tidak lokek untuk dicurahkan ke hospital ini sekiranya beliau dipanggil untuk membantu jabatan aku sekiranya berlaku "mass casualty Incident" walaupun pada waktu itu dia bukanlah Pegawai Perubatan atas panggilan yang aktif atau pasif.
    
    
    Pengalaman yang paling tidak boleh aku lupa mengenai Dr T.G Lim ketika aku dan dia mengiringi satu pesakit yang hendak dirujuk ke Hospital Alor Setar (HAS) pada tahun lepas, Pesakit yang kami rujuk ke HAS itu di diagnoskan mengalami CVA atau stroke, tujuan pesakit di rujuk ke sana adalah untuk membuat ct scan, selepas selesai pesakit itu melakukan CT scan, kami di fahamkan pesakit itu tidak boleh di masukkan ke icu di HAS kerana tiada kekosongan katil ditambah keadaan pesakit itu juga yang sudah berumur, kemungkinan banyak komplikasi yang akan berlaku sekiranya pembedahan dilakukan, pihak jabatan sugeri HAS menasihatkan agar pesakit yang tiada harapan ini dimasukkan ke icu HL sahaja dan menunggu keajaiban yang boleh menyembuhkan pesakit tersebut selepas serangan CVA, keadaan aku, Dr T.G Lim serta beberapa orang lagi staff dari HL pada ketika itu amat meletihkan kerana kami semua masing-masing lapar dan tidak sempat  menjamah makanan sejak dari awal kami mengiringi pesakit tersebut dari Langkawi. ditambah pula apabila kami mendengar pesakit akan berpatah balik semula ke HL, kami jadi lagi rungsing, kerana kami tidak boleh berlengah dan menangguhkan perjalanan kami ke HL kerana keadaan pesakit ini memerlukan rawatan rapi di ICU, namun demi tugas, kami semua berlapar bersama-sama,
    
       Masa semakin suntuk buat kami, kami perlu segera membawa pulang pesakit ini ke HL untuk dimasukkan ke icu, keletihan ditambah lagi dengan perut yang lapar, kami gagahi juga mengusung semula pesakit dan juga peralatan yang kami bawa termasuk tangki oksigen yang berat. DR T.G Lim juga sama-sama membanting tenaga membantu mengangkat pesakit dan peralatan yang kami bawa,inilah satu sikap yang membezakan Dr T.G Lim dengan DR-DR lain yang pernah aku jumpa di HL, sesetengah Dr, mereka seolah-olah melepaskan tanggungjawab mereka ketika mengiringi pesakit ke HAS, sesetengah Dr, mereka membiarkan kami yang melakukan tugas kami sendirian, melakukan pemerhatian terhadap pesakit, sedangkan mereka berada jauh di hadapan dan sedap beristirehat di kusyen penumpang. mereka cuma minta maklumkan kepada mereka sekiranya keadaan pesakit semakin kritikal, pada ketika itu barulah mereka datang untuk melakukan kerja mereka. Jauh sekalilah nak tolong mengangkat peralatan yang kami bawa.  Berbalik kepada cerita aku tadi, pada ketika kami semua keletihan dan kelaparan semasa mengiringi pesakit pulang ke HL, ketika itulah aku lihat Dr T.G Lim yang keletihan terlelap sambil tangannya tidak tidak lepas dari memaut tangan pesakit tersebut, begitulah Dr T.G Lim betapa komitednya beliau pada tugas beliau, walaupun keletihan dan kepenatan, namun selagi belum selesai tanggungjawab beliau terhadap pesakit, selagi itulah beliau tidak melepaskan tangan beliau kepada pesakit semasa melaksanakan tugas walaupun beliau kepenatan.

 Itulah sebahagian daripada pengalaman aku mengenai DR Lim ketika aku bertugas bersamanya. Ada banyak lagi 1001 pengalaman manis ketika bertugas bersamanya terutama sekali dalam tugas mengiringi pesakit yang dirujuk ke HAS. Tiada apa lagi yang boleh aku katakan untuk pemergiannya pada kali ini melainkan dengan ucapan selamat jalan dan selamat maju jaya. Aku berharap supaya ada 10 orang lagi Doktor di Malaysia hari ini yang bersikap dan berdedikasi seperti Dr Lim, for DR Lim, All the best for you, selamat maju jaya…..tak tahulah siapa pula yang akan menggantikan kekosongan beliau selepas ini…….???

 
 

In my HobbyApril 28, 2007 4:11 am

boring yang amat bila aku dah takder pesakit yang datang, aku ternampak seekor kumbang yang muncul secara tiba-tiba malam tadi, apa lagi..tercetuslah ilham untuk aku menyiapkan enteri aku malam tadi… 

 

 

Sunyi di hati ku
Bila bunga di petik orang di taman
Walaupun ku jaga dan ku siram
Ku jaga kembangnya

Sang kumbang merana
Tiada bunga
Bungaya tiada dua
Moga ia kembali ke asalnya
Yang masih menanti

 

Tiada ku lupa kemesraan, kejujuran itu
Tapi mengapakah kau berubah
Tak seperti dulu
Aku tersiksa diri merana
Kerana dikau wahai bungaku
Lupakan dia kekasih baru
Yang kau tak kenal isi hatinya
Aku mengharapkan kembalilah
Wahai kau bunga jangan pergi

Ku tetap menunggu merinduimu
Walaupun di balik awan
Jangan rosakkan hati ini
Yang suci abadi

 

 

diarikuApril 26, 2007 6:20 am

           

    Malam tadi aku memulakan tugas aku pada shif malam, seperti kebiasaan aku bertugas pada waktu malam, malam tadi merupakan malam yang amat meletihkan, letih juga aku pada malam ini bergelumang dengan darah yang mengalir dari pesakit yang datang ke jabatanku malam tadi. Namun keletihan aku pada malam tadi tidak lagi aku hiraukan kerana aku kini berada di ruang yang selesa di dalam jabatanku

 (comfort zone)…

 

            Seperkara yang aku rasa sangat lapang dan lega apabila masalah aku dan penyeliaku dapat di luahkan kepada seseorang, seseorang yang menjadi orang nombor 1 di dalam Hospital ini, kedudukan aku di sini meletakan aku berada di bawah 3 hireki bossku,  setelah berjaya meluahkan segala luahan mengenai permasalahan yang aku hadapi di jabatan aku selama ini, sekurang-kurangnya, aku puas hati dengan penjelasan dari boss aku yang paling atas di sini, dan dia berjanji akan mengambil serius terhadap apa jua aspek yang aku bincangkan, bagi aku dia tahu menghargai dan menilai tugasku di sini selama ini, menurut beliau, keselesaan berada di ruang kerja adalah penting dalam meningkatkan motivasi pekerjanya bagi menjamin mutu dan kualiti kerja yang dihasilkan. Tiada gunanya kami berkerja dalam keadaan stress dan tertekan, sudah pasti hasilnya kerja yang bakal kami hasilkan tidak berkualiti dan tidak produktif.

 

jangan terlalu pendamkan emosi anda di dalam hati, kelak luka di hati berdarah, tiada yang dapat melihatnya kecuali dengan mencari jalan untuk meluahkannya pada seseorang yang benar2 dapat membantu kita…         

In my HobbyApril 25, 2007 7:02 pm

    Percaya atau tidak, resepi inilah yang menjadi sumber pendapatan keluargaku sejak sekian lama..yang boleh menampung 9 adik beradikku sehingga berjaya ke hari ini, sehingga mampu ayahda dan ibundaku pergi menunaikan haji, alhamdulillah, berkat usahanya dan rezeki dari Allah taala, semuanya ini telah ayahku perolehi

    sehingga ke hari ini masih tiada seorangpun dikalangan anak-anaknya (termasuk aku) yang dapat menguasai sepenuhnya resepi ayahku ini, walaupun aku faham dan hafal apakah resepi untuk menu masakan ini, namun keaslian rasa diantara hasil masakan aku dan ayahku masih lagi ketara perbezaannya. Ayahku juga tidak lokek hendak berkongsi ilmu masakannya dengan rakan-rakannya yang pernah datang belajar mengenai resepi masakan ini, namun ada dikalangan mereka yang aku dengar masih mengeluh kerana masih belum dapat menyamai rasa seperti mana yang di sediakan oleh ayahku..

     Diringkaskan cerita, hari ini sekali lagi aku mencuba resepi ulung dari ayahku iaitu ayam masak tomato atau ayam masak merah…

langkah 1….

_____________________________________________________________________________________ 

kas-kas diambil sebanyak 5 grm, manakala badam diambil sebanyak 10 biji dan cili kering  untuk dikisar anggaran sebanyak setengah balang blender semua bahan ini perlu dikisar

 

 

kesemua bahan-bahan di atas hendaklah di campurkan kedalam cili kering yang telah siap di kisar dan gaulkan sehingga sebati. kesemua bahan ini tidak boleh dicampurkan terlalu banyak, akibatnya, ia akan menjadi telalu pekat. agak-agak sederhana cair sahaja kuahnya

_____________________________________________________________________________________

Langkah kedua…tumiskan bahan tumisan yang disediakan.. 

  selepas itu barulah kita masukkan ayam dan renehkan sehingga ayam benar2 masak..kan dah siap….

_____________________________________________________________________________________

Langkah ke 3..penyediaan nasi minyak..

    Menu AYam masak merah ini tidak lengkap jika tidak dijamah dengan nasi minyak..penyediaan untuk masak nasi minyak pula

_____________________________________________________________________________________

Langkah ke 4..

menyediakan air asam jelatah…(digunakan untuk cicahkan lauk ayam tadi)

    bahan-bahannya mudah sahaja..

cabai merah yang dipotong nipis+bawang besar yang dipotong nipis

campurkan dengan sos cili, sos tomato, kerisik dan sedikit kicap cair, kemudian gaulkan bersama kesemua bahan-bahan ini.senang ajerkan.. 

 

    menurut isteriku, rasa masakan yang aku sediakan hari ini ada persamaannya dengan masakan ayahku, namun bagi aku, aku masih lagi merasai kekurangan dalam menu yang aku sediakan kali ini, citarasa ayahku dalam memasukkan sos cili, tomato dan kicap pilihannya adalah terlalu spesifik terhadapnya. Di langkawi, kekurangan yang aku kaji terhadap menu ini adalah berdasarkan sos cili yang aku gunakan tidak mengikut sos cili pilihan ayahku kerana di sini aku gagal menemui sos cili cap ayam piru yang seringkali ayahku gunakan dalam resepinya. mungkin itu yang menjadikan perbezaan rasa resepi yang aku hasilkan hari ini..