In my HobbyMay 23, 2007 8:17 pm

 

Pesona Bintang Utara

Bisunya kerlipan bintang di utara
Suatu masa yang hilang
Dalam kerinduan tika malam terdiam
Menanti saat perpisahan cinta yang tinggal

Gelora nyanyian rindu menambahkan
Apakah perlu ada cinta dijiwa ku
Setenang rembulan
Atau harus ku memulangkan kemarau yang panjang

Biarpun kicau burung dan denting guruh
Tak mungkin merubah sisa cintaku
Engkau dan malam
Ku serahkan bayang wajahmu
Semoga terlebur segala dosa dari kekhilafanku

 

 
Get this widget | Share | Track details

 

_____________________________________________________________________________________

 Aku paling suka part dalam lagu ni masa instrumental sebelum vokalnya masuk balik ke korus, alunan suara vokalisnya memang menjadi sebijik macam suara vokalis kumpulan Muse dan Radiohead..

In My InfoMay 22, 2007 12:00 am

 
 Rasa syukur yang amat sangat setelah mendengar pengumuman oleh Pak Lah mengenai kenaikan gaji untuk kakitangan awam bermula Julai 2007 ini. Setelah hampir 15 tahun gaji kaki tangan awam tidak pernah dinaikkan, akhirnya Pak Lah terpaksa akur juga dengan permintaan Cuepacs pada kali ini walaupun tidak mencapai 100% dari apa yang di minta oleh cuepacs. Syukur yang tak terhingga juga  kepada Allah kerana selain gaji kami di naikkan sebanyak 25%, elaun COLA juga di naikkan sebanyak 100% bermula julai ini, dengan kenaikan ini aku akan mengalami kenaikan sebanyak RM 398.70 pada bulan julai ini..YABEDABEDOOOOOOOOOOOOOOOOO.

In My memoriesMay 21, 2007 1:03 am

 
3 hari lepas satu Annual meeting dan konferens yang menghimpun kesemua anggota M.O.A (Malaysia Orthopedic association) di Awana Porto Malai langkawi, ada 2-3 orang juga Pen. Peg Perubatan  sekelas dengan aku di kolej dulu yang datang, tapi di kalangan mereka yang agak akrab dgn aku  adalah sincan (memang gelaran ni dah lekat kat dia sejak di kolej lagi), tapi akupun tak sempat nak bawa dia round2 pusing pulau ni sampai habis sebab akupun sibuk dengan tugasku di hospital, memang seronok dengar dari cerita diorang ttg konferen dan perjumpaan kali ni, banyak kompeni swasta yang sponsor perbelanjaan mereka untuk perjumpaan kali ini. InsyaAllah mungkin penghujung bulan disember ini dia akan ke sini lagi, aku harap aku akan dapat berjumpa dengan dia dan isterinya pada masa akan datang..
 
 
 
    sedap jugak melayan lagu baru dari band Artic monkey dalam album terbaru diorang, kehalusan seni  petikan gitar britpop diorang memang menyedapkan telinga aku apabila mendengar lagu terbaru diorang iaitu 505 dan Brainstorm…
 

In my HobbyMay 20, 2007 3:19 pm

 
    malas nak komen banyak pasal citer malam tadi, cuma aku nak ucapkan taniah buat Mila kerana berjaya memecahkan tradisi dalam AF kerana mengungguli  takhta Juara Af pada musim ke 5 ini. 2 benda yang aku rasa boleh di banggakan dengan kejayaan mila ini, 1- juara dari Utara dalam episod Af sudah muncul, dan ke 2- persembahannya tidak menghampakan, kira kemenangan beliau malam tadi memang tidak boleh dipertikai, kira klu juarapun memang berbaloi dgn nyanyian dia malam tadi..